Share

Antara cabaran membesarkan anak sekitar umur 2 tahun adalah untuk memikirkan aktiviti yang berterusan untuknya, sesuai dengan tenaga mereka yang sangat banyak. Kebanyakan ibu bapa mungkin terdetik untuk mendiamkan anak dengan terus memberikan mereka gajet seperti telefon bimbit serta tablet. Namun, tumbesaran anak fasa ini amat bergantung kepada kemampuan merangsang sebanyak mungkin deria mereka bagi memaksimakan potensi mereka apabila besar nanti.

Kesungguhan dan pengorbanan ibu bapa diperlukan bagi memastikan anak membesar dengan sihat (fizikal, mental dan emosi). Jangan cepat terpengaruh dengan ‘temptation’ mudah memberikan mereka gajet setiap masa. Sentiasa kreatif dan inovatif dalam merangka aktiviti untuk mereka.

Kali ini, kami akan berkongsi aktiviti menyeronokkan serta dapat mengisi masa anak secara lebih berfaedah. Kami namakannya, ‘Pukul Abjad’.

12509409_898866170228151_7004922450096429969_n

Cara-caranya:

  1. Sediakan Flash Card mengikut apa yang diminati anak. Anak kami minat ABC, jadi, kami gunakan Flashcard ABC. Anda boleh terus beli di Mr. DIY, Daiso atau kedai-kedai buku. Andai ingin lebih jimat, anda boleh search di internet dan cetak serta laminate. Contoh flaschcard boleh dimuat turun di sini.
  2. Beli pemukul lalat biasa (atau guna yang sedia ada di rumah)
  3. Susun flashcard (dicadangkan secara rawak tidak ikut urutan) di lantai, atau meja, jika bersesuaian.
  4. Beri anak pemukul lalat itu, dan minta dia cepat-cepat memukul flashcard huruf (atau objek) yang disebut ibu bapa.
  5. Untuk lebih menyeronokkan, minta salah seorang ibu atau bapa untuk memegang satu lagi pemukul lalat lalu (kononnya) berlumba dengan anak, siapa yang lebih cepat. Sila beri peluang kepada anak. Ibu atau bapa yang memukul tidak perlu kiasu. šŸ™‚
  6. Reward anak dengan pujian, pelukan, atau ciuman untuk setiap jawapan yang betul

SenaraiĀ bahan:

  • Pemukul lalat – 2 keping (RM2.00)
  • Flashcard (bergantung anda beli atau buat sendiri) – RM1.50 – RM10.00

Ringkasan aktiviti:

  • Kos aktiviti: RM3.50 – RM12.00
  • Masa permainan: 10-20 minit
  • Rangsangan anak: refleks, gross motor skills, koordinasi otot

Kredit Flashcard: Mr. Printables

Selamat mencuba dan bergembira bersama anak-anak!