About

Share

Salam perkenalan :)

Terima kasih kerana melawat blog Cozy Baby dan menyokong bisnes kecil saya (www.cozybaby.biz).

Saya memulakan bisnes ini atas minat mendalam dalam bidang jahitan. Kebanyakan barangan dijahit sendiri oleh saya.

Setakat ini, Cozy Baby hanya beroperasi di rumah kecil saya di Kuala Lumpur, dengan bantuan seorang pembantu tukang jahitan separuh masa.

Selain bisnes kecil ini, saya turut bekerja sepenuh masa sebagai guru di sebuah sekolah menengah di Selangor. Masa menjahit agak terhad, mujur ada bantuan daripada tukang jahit separuh masa, stok di Cozy Baby diharap dapat menampung permintaan pelanggan.

Ada banyak permintaan daripada pelanggan untuk melihat dahulu barangan sebelum membeli, maka Cozy Baby sekarang sudah menjadi vendor di beberapa butik di seluruh Malaysia. Anda boleh ke butik untuk mencuba sendiri pelbagai jenama SSC dan membeli di sana bagi yang mahukan pembelian offline.

Sedikit tentang diri saya

Nama: Hamizah Hanapi

FB: www.facebook.com/hamizah.hanapi

FB Page: www.facebook.com/cozybabywithlove

Umur: 28 tahun

Pekerjaan: Suri Rumah

Latar belakang pendidikan: Bsc Mathematics, Uni of Surrey, UK.

PhotoGrid_1430437911353_wm

Harapan saya semoga bisnes kecil saya ini kekal menjadi tempat pilihan ibu-ibu semua untuk membeli belah keperluan ibu dan anak :)

CozyBabyLogo (1)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *