Idea Aktiviti Anak 1 Tahun: Pom Pom in a Whisk

Share

Sebenarnya idea aktiviti anak 1 tahun ni sangat mudah untuk dilakukan. Nampak mudah bagi orang dewasa, tapi sangat membantu perkembangan kemahiran motor skills anak kecil kita.

Aktiviti Pom-pom in a Whisk

Senarai Bahan

  • 1 pek pom pom berwarna warni – boleh didapati di MrDIY dengan harga RM3.11 sebungkus.
  • Pemukul telur (egg whisk), boleh beli dengan harga di bawah RM5 di mana-mana pasaraya
idea aktiviti anak 1 tahun
Pom Pom Warna Warni

Cara-caranya

  1. Sumbatkan pompom berwarna warni ini sebanyak mungkin ke dalam ruang di dalam pemukul telur itu. Untuk lebih menarik perhatian anak-anak, pastikan kepelbagaian warna pompom yang disumbat itu. Pastikan pompom disumbat dengan agak padat.
  2. Berikan pemukul telur yang telah disumbat pompom ini kepada anak kecil kita, dan minta mereka keluarkan pompom itu satu persatu dan diletakkan di dalam bekas khas (boleh ambil cawan atau pinggan di rumah).
  3. Jika anak anda telah cukup besar untuk mendengar arahan, boleh tambah kesukaran permainan dengan meminta mereka mengambil pompom dengan warna yang khusus sahaja.
  4. Bergantung kepada penerimaan anak anda, anda juga boleh memberi arahan untuk mengambil kombinasi warna pompom, contohnya: ambil 3 warna ungu dan 2 warna kuning.

Video permainan ini boleh ditonton di sini:

Ringkasan Aktiviti

  • Kos aktiviti: RM10
  • Masa Permainan: 10 minit
  • Rangsangan Anak: motor skills, concentration, hand-eye coordination, mendengar arahan

Kesimpulan Idea Aktiviti Anak 1 Tahun ini

Mudah bukan? Tapi bagi anak anda, ini adalah aktiviti yang menarik dan mencabar, cumanya aktiviti ini mungkin terlalu ringkas dan anak akan cepat bosan (dalam 10 minit), jadi, mungkin perlu diselangi dengan aktiviti lain sebelum mengulang kembali permainan ini pada masa hadapan.

Dan ya, ibu bapa juga perlu gigih mengemas pompom yang anak-anak mungkin akan sepahkan ke merata tempat. Selamat mengemas dalam senyuman 🙂

Lagi idea aktiviti permainan anak di rumah boleh dibaca DI SINI.

Cozy Lady
Misi kami adalah untuk empower wanita khususnya para ibu bagi menghadapi cabaran kehidupan sebagai ibu dan sebagai wanita yang serba mencabar ini dengan lebih yakin dan tidak berseorangan. Support kami dengan membeli pakaian menyusu Cozy Lady!