Babywearing merupakan suatu amalan memakaikan anak kepada badan orang dewasa menggunakan peralatan khusus. Amalan babywearing ini telah bermula berabad lamanya. Namun, peredaran zaman membuatkan amalan babywearing ini ditambah baik dari sudut cara dan bahan yang digunakan. Tetapi, apakah sebenarnya kelebihan menggunakan baby carrier ini?
Kelebihan Menggunakan Baby Carrier
1. Bayi Kurang Menangis
Ada sesetengah bayi yang terlalu ‘attached’ dengan ibu atau bapanya sehinggakan sukar untuk diletakkan tanpa menangis, lebih-lebih lagi bayi yang berumur di bawah 6 bulan.
(Baca Lanjut: Tolong! Anak Saya Suka Berdukung)
Menurut satu kajian pada tahun 1986 oleh Hunziker dan Barr, bayi yang didukung menggunakan baby carrier dengan tambahan 2 jam didapati kurang menangis sehingga 43% berbanding bayi yang tidak didukung menggunakan baby carrier.
Jika difikirkan logik, babywearing ini seperti memeluk bayi secara erat, jadi, bayi rasa lebih selamat dan tenang bersama ibu bapa.
2. Babywearing Membantu Perkembangan Positif Fizikal Anak
Menurut Dr. Eckhard Bonnet di dalam artikel yang diterbitkan pada tahun 1998, penggunaan baby carrier ergonomik merupakan kedudukan paling selesa dan paling baik untuk postur bayi.
Babywearing juga didapati mengurangkan kebarangkalian terjadinya positional plagiocephaly (sindrom kepala rata) yang terjadi akibat bayi berbaring terlalu lama di satu-satu posisi.
3. Membantu Perkembangan Positif Mental Ibu dan Bayi
Kajian menunjukkan sentuhan kulit antara ibu dan bayi merembeskan hormon oxytocin dalam badan ibu, membantu mendatangkan mood ketenangan pada ibu serta membantu penghasilan susu badan. Ini boleh membantu mengurangkan kejadian postpartum depression atau meroyan pada ibu yang baru bersalin.
Bayi pula akan menerima kesan positif sentuhan dengan ibu atau bapa yang lebih panjang melalui babywearing. Bayi akan lebih riang, lebih rasa selamat dan akan membesar dengan lebih baik.
4. Memudahkan Tugas Harian Ibu atau Bapa
Antara kelebihan menggunakan baby carrier yang utama adalah ianya boleh memudahkan tugas harian ibu atau bapa, terutamanya pada 1 tahun pertama selepas kelahiran. Ibu atau bapa masih perlu melakukan tugasan harian seperti membasuh pakaian, mengemas rumah, memasak dan sebagainya.
Tugas-tugas ini mungkin menjadi sukar dan terganggu andai anak kerap menangis atau sentiasa ingin berdukung. Menggunakan baby carrier boleh membantu anak menjadi tenang, dalam masa yang sama, kedua-dua tangan ibu atau bapa bebas untuk meneruskan tugasan.
5. Lebih Bebas Beraktiviti di Luar
Antara keluhan ibu bapa yang menggunakan stroller untuk membawa anak-anak di luar rumah adalah kesukaran menolak stroller di kawasan tidak rata, kawasan padat atau kesukaran untuk membawa stroller yang bersaiz besar ke merata tempat.
Dengan baby carrier yang sesuai, perkara ini tidak menjadi masalah. Ibu bapa boleh melalui semua kawasan tidak rata dengan mudah dan selamat bagi anak-anak. Di kawasan padat pula, ibu bapa tidak perlu risau keselamatan anak kerana anak sentiasa berada di hadapan mata ibu bapa, melekap di badan ibu bapa melalui babywearing.
Kesimpulan
Aktiviti babywearing mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Namun, ibu bapa disarankan menggunakan baby carrier yang ergonomik, iaitu yang bertepatan dengan perkembangan postur badan anak yang baik.
Cozy Baby mempunyai koleksi baby carrier ergonomik dengan harga berpatutan.