Babywearing a newborn

Share

Anak saya sejak lahir, sangat suka dipeluk. Sangat sukar nak buat kerja rumah lebih-lebih lagi saya mula berpantang sendirian sejak dia berumur 14 hari. Tinggal sekejap je menangis. Tidur pun nak mak dukung. Maka, saya mula mencari jalan penyelesaian. Hampir meroyan dah waktu tu. hehe

Daripada pembacaan, saya bertemu dengan alat gendong. Rupanya, bayi memang suka digendong dan ianya juga amat baik untuk perkembangan minda dan emosi bayi.

Teruja kan? Saya pun teruja. Lepas baca lagi, saya dapati tak semua alat gendong sesuai untuk bayi baru lahir (newborn). Boleh lihat gambar di bawah untuk penerangan.

IMG_220698804229764

Alat gendong yang sesuai untuk bayi baru lahir hanyalah ring sling dan wrap. Ini kerana, dua alat gendong ini sahaja yang dapat beri natural c shape untuk tulang belakang bayi. Jika bayi diletakkan di dalam Mei Tai dan SSC, tulang belakang bayi yang kiut miut ini akan dipaksa duduk dalam keadaan lurus, dan ianya sangat-sangat tidak baik untuk perkembangan tulang belakang bayi.

Pokok pangkalnya, baby must sit in a natural c shape, macam gambar di bawah, tulang belakang bayi terjaga di dalam wrap.

IMG_152594112304912
Credit to kak Norashida for this image. Saya tak ingat dah bila saya save gambar ini.

Banyak kes bayi lemas di dalam baby carriers. Ibu bapa perlu lebih berhati-hati terutamanya apabila menggendong bayi yang baru lahir. Dah pilih alat gendong yang betul, bagus. Tapi perlu juga belajar pemakaian yang betul. Sentiasa periksa lima perkara seperti dalam gambar di bawah

TICKS-rule-of-babywearing

1. Tight

Mesti kemas/ ketat di badan. Pemakaian alat gendong yang longgar terutamanya ring sling amat bahaya kerana ada potensi anak jatuh dari alat gendong.

2. In view at all times

Kita mesti sentiasa dapat lihat keadaan bayi. Pastikan alat gendong, wrap atau ring sling yang dipakai tidak menutupi muka bayi. Sesibuk mana pun, mesti sentiasa perhatikan keadaan bayi di dalam baby carrier. Sentiasa awasi sebarang perubahan terhadap bayi.

3. Close enough to kiss

Lepas pakai alat gendong, cuba cium dahi bayi. Bayi mesti berada dalam posisi di mana dahi bayi mudah dicium. Jika sukar, ini bermakna bayi berada terlalu rendah. Buka semula wrap atau ring sling yang dipakai dan tinggikan kedudukan bayi sedikit.

4. Keep chin off the chest

Ini penting. Jika kepala bayi tertunduk, ia akan sekat ruang pernafasan dan bayi mungkin lemas. Sentiasa pastikan bayi mendongak sedikit bagi memastikan ruang pernafasan bayi sentiasa terbuka.

5. Supported back

 

Begitulah kisahnya.

Maka, jika ditanya adakah SSC dan Mei Tai sesuai untuk bayi?

Jawapannya tidak. SSC hanya sesuai untuk bayi 4 bulan ke atas.

Apa yang sesuai untuk bayi 4 bulan ke bawah?

Jawapannya, wrap dan ring sling.

 

Bagi yang tak nak beli wrap dan nak sewa sahaja, Cozy Baby ada buat sewaan untuk wrap. Sewa serendah RM15 sebulan. Boleh baca lanjut di sini –> KLIK

 

Misi kami adalah untuk empower wanita khususnya para ibu bagi menghadapi cabaran kehidupan sebagai ibu dan sebagai wanita yang serba mencabar ini dengan lebih yakin dan tidak berseorangan. Support kami dengan membeli pakaian menyusu Cozy Lady!