Cozy Baby Rental Services

Share

Saya seringkali berhadapan dengan ibu yang ingin membeli SSC dan mahu menggunakannya untuk bayi bawah 4 bulan. Alasan mereka, membazir jika beli wrap atau ring sling, dan pakai hanya 4 bulan. Saya juga seorang ibu dan turut memahami perasaan ibu-ibu terbabit kerana anak pertama, sangat banyak wang digunakan.

Atas sebab ini, Cozy Baby akan mula menyediakan khidmat sewa alat gendong dengan sewa serendah RM15 sebulan (atau hanya 50 sen sehari!!).

Saya sudah meneliti beberapa jenis wrap dan memilih satu jenama yang sesuai dengan cuaca negara kita (yang panas membakar ni) dan ianya tidak mudah melendut jika bayi terlalu berat (bukan jenis stretchy wrap). Kami memilih Fil’Up Mesh Wrap untuk disewa. Buat permulaan, kami menyediakan 15 wrap sahaja. Jika permintaan bertambah, kami akan cuba tambah lagi bagi membantu ibu-ibu berjimat dan dapat menggendong anak dengan selamat.

Selamat ke tak? Ianya menepati European Standard EN13209-2. Ianya bukan kain jaring biasa ya. Huhu. The Fil’Up Baby Carrier, is a 100% cotton mesh wrap that is designed in France by textiles engineers in collaboration with a doctor specialized in carrying and physiological health. Menarik kan?

red

PhotoGrid_1432675461834_wm

Bagaimana sistem sewaan ini berfungsi?

1. Deposit yang dikenakan ialah RM240 kerana ini nilai harga wrap ini di pasaran.

2. Selepas menerima bayaran RM240, saya akan poskan wrap ini kepada anda.

3. Minimum sewa adalah sebulan. Sewa sebulan hanya RM15. Maksimum masa sewaan ialah 3 bulan.

4. Katakan anda sewa selama 30 hari dan pos kembali kepada Cozy Baby, kami akan pulangkan deposit anda tolak kos-kos yang terlibat. Contoh kiraan.

pos kepada anda: RM10

kos sewa: RM15 sebulan

Deposit RM240.

Wang yang akan dipulangkan kepada anda ialah: RM240 – RM15 – RM10 = RM215.

5. Denda akan dikenakan jika didapati ada kekotoran kekal pada wrap. Kotoran yang boleh hilang apabila dibasuh tidak akan dikenakan denda. Juga, deposit hilang 100% jika berlaku kerosakan yang menyebabkan wrap tidak berfungsi lagi.

Bagi contoh di atas, anda akan dipulangkan RM215 selepas Cozy Baby menerima kembali wrap dalam keadaan baik. Duit ini kemudian boleh digunakan untuk membeli baby carrier yang ibu-ibu inginkan. Kebiasaannya, ibu-ibu memilih SSC kerana ianya mudah dipakai.

Mudah kan sistem sewaan ni? Sebarkan kepada rakan-rakan anda yang memerlukan khidmat sewaan seperti ini ya. Sharing is caring :)

CozyBabyLogo (1)

Misi kami adalah untuk empower wanita khususnya para ibu bagi menghadapi cabaran kehidupan sebagai ibu dan sebagai wanita yang serba mencabar ini dengan lebih yakin dan tidak berseorangan. Support kami dengan membeli pakaian menyusu Cozy Lady!

4 Comments

  1. farha yaman
    May 28, 2015

    macam minat.. nak book untuk bulan 12 nanti 🙂

  2. Syazwina Abas
    June 4, 2015

    I nak sewa ASAP. Boleh email i pls.

  3. badd aziz
    June 29, 2015

    Assalamualaikum

    Saya nak sewa, tapi tak pasti cam mana nak buat cara nya… tolong plis

  4. Adlina
    July 6, 2015

    Asssalmualaikum…
    nak tanya..macam mana cara nak pakai wrap ni untuk baby umur 1 bulan…ada tutorial x…sy berminat…nanti email kepada sy…tq

Comments are closed.