Share

Anak-anak berumur sekitar 2-4 tahun adalah dalam fasa yang sangat aktif dan bertenaga. Walaupun ibu bapa kerap kali keletihan untuk melayan anak-anak, jangan sia-siakan fasa ini kerana pada fasa inilah otak anak-anak berkembang pesat. Rancang beberapa aktiviti yang boleh mengisi masa anak kita di samping membantu tumbesaran mereka.

InsyaAllah, dalam siri-siri penulisan ini, kami akan kongsikan beberapa aktiviti yang telah kami jalankan dengan anak kami, Taqiyuddin yang berusia 2 tahun. Setiap aktiviti wajar diubah ibu bapa mengikut minat dan selera anak-anak anda.

Berikut merupakan satu aktiviti yang anak kami sangat suka, pilih dan padankan huruf.

Padankan Huruf

1. Cari melalui Google ‘alphabets png’ untuk mencari gambar-gambar abjad dengan resolusi yang baik. Pilihlah ‘design’ abjad yang dirasakan dapat menarik perhatian anak anda. Antara contoh:

Alphabet 2Alphabet

(Sila Klik gambar untuk saiz besar)

2. Cetak gambar abjad seperti di atas di atas sehelai kertas A4.

3. Beli dan cari pelekat (sticker) abjad, boleh cari di kedai-kedai buku atau Mr DIY (our favourite shop!) dengan harga murah. Beli banyak terus untuk main berulang kali.

4. Untuk memudahkan anak meletakkan sticker ke atas kertas, dicadangkan untuk sediakan satu fail keras untuk klip kertas agar tidak bergerak (seperti gambar di atas)

5. Beri sticker kepada anak anda dan minta anak anda untuk meletakkan sticker berkenaan ke abjad yang betul

Murah dan mudah bukan?

  • Kos Aktiviti (untuk sekali main): RM1.50
  • Masa permainan: 10-15 minit
  • Rangsangan anak: Latihan fokus, fine motor skills, shape recognition

Selamat mencuba!