Minum Kopi Semasa Mengandung

Share

Kopi merupakan antara minuman yang digemari rakyat Malaysia. Siapa yang tidak gemar kenikmatan merasai kepahitan kopi yang mencelikkan mata itu? Namun, adakah selamat untuk minum kopi semasa mengandung? Ada risiko kepada ibu ataupun bayi?

Kafein – Bahan Yang Menjadi Persoalan

Bahan aktif dalam kopi merupakan satu sebatian kimia dinamakan kafein. Bahan inilah yang bertanggunjawab merangsang otak untuk merasa segar dan kurang mengantuk. Kesan inilah yang diingini oleh peminum kopi biasanya.

Jadi, berapakah jumlah kafein yang selamat diambil oleh ibu mengandung?

Risiko Minum Kopi Semasa Mengandung

Hakikatnya, tiada jawapan jelas daripada pakar perubatan tentang kandungan kafein yang selamat diambil semasa ibu mengandung. 

Satu kajian yang dilakukan oleh New England Journal of Medicine mendapati bahawa pengambilan 5 cawan kopi sehari akan menambahkan risiko keguguran kandungan yang berumur antara 6-12 minggu. Namun, American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG) pula mencadangkan ibu-ibu mengandung hanya mengambil maksimum 200 mg kafein sehari bagi meminimakan risiko keguguran. 200 mg kafein merupakan kandungan yang terdapat dalam secawan kopi hitam tanpa susu.

Mengenalpasti Kandungan Kafein Dalam Minuman Seharian

Hakikatnya, agak sukar untuk mengenalpasti secara tepat kandungan kafein dalam minuman kita kerana ianya bergantung kepada jenama, jenis kopi serta cara ia dihidangkan. 

Lebih memeningkan apabila kafein juga didapati dalam minuman atau makanan selain daripada kopi, seperti teh dan coklat. Perlu diingat bahawa cadangan 200 mg kafein itu adalah gabungan semua kafein dalam semua makanan, bukan hanya kopi.

Sebagai panduan, berikut merupakan kandungan kafein dalam beberapa minuman dan makanan biasa secara umum:-

minum kopi semasa mengandung

Amalkan Pemakanan Sihat & Seimbang

Secara umumnya, ya, ibu mengandung boleh mengambil kopi tetapi ambillah secara minima. Jika memang anda memerlukan kafein untuk berfungsi dengan baik, pilihlah minuman yang lebih rendah kandungan kafein seperti decaffeinated coffee atau latte berbanding kopi pekat tanpa susu.

Perbanyakkan minum air kosong serta jus buah-buahan yang juga merupakan alternatif cecair yang baik untuk diambil. Moga si manja di dalam kandungan dapat membesar dengan baik dengan ibu yang juga sihat.

Cozy Lady
Misi kami adalah untuk empower wanita khususnya para ibu bagi menghadapi cabaran kehidupan sebagai ibu dan sebagai wanita yang serba mencabar ini dengan lebih yakin dan tidak berseorangan. Support kami dengan membeli pakaian menyusu Cozy Lady!