7 Kesalahan Biasa Menggunakan Car Seat

Share

Setiap ibu bapa pasti mengutamakan keselamatan anak-anak. Dalam realiti dunia moden zaman ini, ibu bapa mempunyai pelbagai urusan yang memerlukan ibu bapa menggunakan kereta dan kerap kali perlu membawa anak bersama. Antara pilihan yang bijak adalah ibu bapa menggunakan kerusi bayi atau ‘car seat’. Namun, ramai yang kerap kali melakukan kesilapan ini dalam menggunakan ‘car seat‘:

1. Menggunakan car seat yang usang

Ramai yang terlalu berkira untuk membeli ‘car seat‘ yang berkualiti. Tidak dinafikan, harga ‘car seat‘ baru yang berkualiti agak mahal. Jadi, ramai ibu bapa yang sekadar membeli car seat terpakai yang sudah agak usang. Namun, tanpa disedari, tindakan ini membahayakan keselamatan anak anda. Jenama-jenama car seat berkualiti biasanya mempunyai jangka hayat sekitar 7-9 tahun. Namun, anda digalakkan menukar car seat seawal jangka hayatnya 5 tahun lagi. Car seat yang usang biasanya lebih rapuh dan tali pinggang keselamatannya juga sudah tidak kuat. Jangan gadaikan keselamatan anak anda dengan wang ringgit!

2. Tidak ‘mengunci’ car seat pada kerusi kereta

Setiap car seat biasanya mempunyai sistem keselamatan yang membolehkannya dikunci dengan kemas kepada kerusi dalam kenderaan. Namun, ada segelintir ibu bapa yang sekadar meletakkan car seat tanpa menguncinya. Tindakan ini membahayakan keselamatan anak andai kereta hilang kawalan atau berhenti secara mengejut, inersia car seat tersebut akan mengakibatkan car seat dan anak kita turut terpelanting daripada kereta.

3. Pemilihan posisiĀ car seat yang tidak sesuai

Ramai ibu bapa suka untuk meletakkan anak menghadap ke hadapan (front facing). Mungkin dengan cara ini, anak-anak dapat melihat ke arah jalan dan lebih terhibur dan memudahkan ibu bapa. Namun, tindakan ini berupaya mengakibatkan kecederaan (malah kematian) jika kemalangan berlaku. Leher bayi dan anak kecil adalah lembut dan kepala mereka jua lebih besar berbanding dewasa. Impak yang kuat akan berpotensi menyebabkan leher mereka patah jika mereka duduk menghadap ke hadapan. Anda digalakkan meletakkan car seat ke belakang (rear facing).

rear-facing-car-seat

Kredit gambar: momsxyz

4. Pemilihan saiz car seat yang tidak sesuai

Baca dan fahami arahan yang dikeluarkan oleh pengeluar car seat anda. Biasanya ada disisipkan di dalam bungkusan atau dilekatkan di car seat. Setiap car seat mempunyai tempoh umur yang bersesuaian yang dicadangkan. Pastikan anak anda menggunakan car seat yang sesuai dengan umur mereka. Car seat bayi (bawah 2 tahun) adalah berbeza dengan anak kecil (2-8 tahun) yang seterusnya berbeza dengan ‘booster car seats‘ yang sesuai untuk anak-anak berumur 8 tahun ke atas.

infant car seat

Kredit gambar: Phil & Teds

5. Tali pinggang car seat yang longgar

Sentiasa cermat untuk memastikan tali pinggang car seat dipasang kemas ke badan anak anda sebelum memulakan perjalanan. Sepertimana orang dewasa terdedah kepada bahaya jika tidak memakai tali pinggang keledar, perkara ini lebih penting bagi anak-anak kecil.

6. Baju anak terlalu tebal

Untuk perjalanan yang jauh di dalam kereta berhawa dingin, ibu bapa biasanya memakaikan jaket untuk anak-anak kekal hangat sepanjang perjalanan. Namun, jaket yang tebal mengakibatkan ada ruang antara badan dan tali pinggang car seat anak, berpotensi menyebabkan anak tidak kemas ‘dikunci’ di dalam car seat. Sebaiknya, pakaikan dahulu tali pinggang car seat kepada badan anak anda dengan hanya pakaian nipis, kemudian, barulah pakaikan jaket atau selimut di atas tali pinggang tersebut.

7. Meletakkan car seat di tempat duduk hadapan (sebelah pemandu)

Car seat yang diletakkan di hadapan mungkin memudahkan tugas ibu bapa yang terpaksa berseorangan memandu kereta bersama anak kecil. Anak-anak juga mungkin lebih gembira kerana dapat melihat jalanraya. Namun, ini berupaya membahayakan anak-anak jika berlaku kemalangan. Kebanyakan kereta moden dilengkapi beg udara di bahagian hadapannya. Jika berlaku kemalangan, beg udara ini akan mengembung dengan kadar halaju yang tinggi mengakibatkan momentum yang kuat kepada anak, berkemungkinan mencederakan atau berpotensi menjadikan anak lemas.

Kesimpulannya, menggunakan car seat adalah cara yang paling selamat untuk membawa anak anda di dalam kereta, dengan syarat ianya digunakan dengan cara yang betul dan cermat.

Misi kami adalah untuk empower wanita khususnya para ibu bagi menghadapi cabaran kehidupan sebagai ibu dan sebagai wanita yang serba mencabar ini dengan lebih yakin dan tidak berseorangan. Support kami dengan membeli pakaian menyusu Cozy Lady!