Share

“Kenapa anak si A tu baik je nampaknya? Tak macam anak kami, sangat aktif, susah nak dengar arahan” begitulah luahan seorang ibu.

Ibu bapa mempunyai kecenderungan untuk membandingkan anak-anak kita dengan anak-anak ibu bapa lain. Malah, jika direzekikan ramai anak juga, ibu bapa cenderung untuk membandingkan sesama adik beradik. Namun, realiti yang perlu ibu bapa sedar, setiap anak dilahirkan dengan tabiat semulajadi yang dipanggil sebagai child temperament.

Apakah itu temperament kanak-kanak (child temperament)?

Temperament kanak-kanak adalah sifat semulajadi setiap kanak-kanak yang menggambarkan cara mereka untuk berinteraksi dengan dunia. Temperament kanak-kanak mempengaruhi cara mereka bertindak untuk situasi yang berbeza yang dihadapi mereka.

Walaupun temperament kanak-kanak tidaklah sepenuhnya boleh menerangkan bagaimana mereka bertindak, namun, mengetahui sifat temperament anak-anak kita adalah penting untuk dikuasai para ibu bapa kerana cara berinteraksi dengan kanak-kanak adalah berbeza mengikut temperament mereka. Mengetahui temperament kanak-kanak juga membolehkan ibu bapa mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak-anak yang seterusnya boleh ditempa menjadi skill yang berguna sepanjang tumbesaran mereka.

temperament kanak-kanak

Jenis-jenis temperament kanak-kanak

Pakar kanak-kanak telah mengkategorikan tiga (3) temperament utama kanak-kanak berdasarkan tahap aktiviti, bagaimana kanak-kanak bertindak atas sesuatu perkara, kepekaan terhadap keadaan sekeliling, dan sejauh mana kanak-kanak boleh berterusan fokus terhadap sesuatu aktiviti.

1. Easy / Flexible: Kanak-kanak dengan temperament ini dalam majoriti situasi akan tenang, mempunyai jadual tidur dan makan yang teratur, fleksibel dengan perubahan keadaan dan tidak mudah meragam.

2. Active / Feisty: Cerewet dengan jenis makanan serta memilih aktiviti apa yang ingin dilakukan. Biasanya sukar tidur mengikut jadual. Kanak-kanak jenis ini juga biasanya pemalu dengan orang yang baru dikenali dan sensitif dengan kejutan yang biasanya akan bertindak agak agresif apabila berhadapan kejutan.

3. Slow to Warm / Cautious: Anak dilihat kurang aktif, suka duduk berkepit dengan orang yang dikenali. Mereka biasanya lambat untuk berkenalan dengan kawan-kawan baru, malah mungkin bertindak untuk menutup ruang berinteraksi dengan orang baru.

Pada tahap ini, kemungkinan anda sudah boleh mengenalpasti temperament anak-anak anda.

Menurut kajian, lebih kurang 65% kanak-kanak tergolong dalam salah satu daripada ketiga-tiga temperament utama ini. Taburannya juga berbeza seperti berikut:-

Jenis Temperament Kanak-Kanak% Populasi Kanak-kanak memilikinya
Easy / Flexible40%
Active / Feisty10%
Slow to Warm / Cautious15%
Lain-lain35%

calm child

Tiga temperament kanak-kanak yang utama ini adalah yang paling biasa dilihat dalam kanak-kanak. Bagi 35% kanak-kanak lagi dilaporkan mempunyai temperament gabungan dua atau lebih temperament asas ini. Namun, secara asasnya, kebanyakan kanak-kanak boleh dikategorikan dalam salah satu daripada 3 temperament asas di atas.

Penutup

Akhirnya, perlu diingat bahawa walaupun temperament asas anak-anak anda tidak akan berubah, namun, tahap kekuatan sesuatu temperament itu boleh berubah berdasarkan persekitaran anak-anak dibesarkan. Sebagai contoh, kanak-kanak yang dibesarkan dalam keluarga yang sangat mementingkan ketepatan masa mungkin akan dilihat mempunyai temperament easy / flexible. Namun, ada kalanya konflik akan berlaku apabila ibu bapa cuba memaksa sesuatu nilai yang bertentangan dengan temperament semulajadi anak-anak.

Bagaimana untuk berinteraksi dengan anak-anak berdasarkan temperament mereka? InsyaAllah kami akan kongsikan dalam post akan datang.

Semoga bermanfaat.

Sambungan Bahagian 2: https://blog.cozybaby.biz/kenali-temperament-kanak-kanak-2/

Cozy BabyCozy LadyNatural MomsNatural Moms