Mei Tai vs SSC

Share

Dalam entri kali ini, saya nak bincangkan tentang kelebihan Mei Tai berbanding SSC (Soft Structured Carrier).

Mei Tai

Ini ialah contoh Mei Tai. Nampak hampir sama dengan SSC dari depan, tapi cara pasang shoulder strap dan waist strap sedikit berbeza.

PhotoGrid_1432217658091_wm
Contoh Mei Tai
PhotoGrid_1432217613511_wm
Bahagian belakang Mei Tai

Ni gambar dari belakang kalau kita pakai Mei Tai. Tali bahu tu (shoulder straps) silang di bahagian belakang, kemudian diikat.

Waist strap biasanya diikat juga. Cuma dalam gambar di atas, waist strap ada buckle. Jenis ini dipanggil Half Buckle Mei Tai.

Kenapa Mei Tai menjadi pilihan?

Bila front carry, ada sesetengah anak yang menangis dan nak pusing depan. Kebanyakan ibu mula mencari alternatif dan ada yang memilih untuk front facing in carrier. Ini posisi yang tidak digalakkan kerana tak baik untuk kaki anak anda.

Ni contoh front facing. Ianya tak digalakkan ya, tak baik untuk kaki baby.

Untuk bayi jenis ini, apa solusinya?

Anda boleh cuba back carry, tapi mesti high back carry.

Maksud high back carry ialah, bayi digendong cukup tinggi sehingga kepala bayi melepasi bahu kita. Tengok gambar di bawah, kepala anak saya tu melebihi bahu saya, maka dia dapat lihat pemandangan depan.

Dengan itu, selesailah masalah untuk ibu-ibu yang ada anak yang suka tengok depan.

PhotoGrid_1432218012819_wm
High back carry in Mei Tai

Itu antara kelebihan Mei Tai. Pakai wrap juga boleh dapat high back carry, tapi ada sesetengah ibu yang tak suka melilit bagai, so boleh cuba Mei Tai. Ianya tak sesukar memakai wrap, Mei Tai ni kena ikat-ikat sikit je.

ps: SSC juga boleh high back carry, tapi tak semua jenama dapat high back carry. Kena cari SSC yang ada PFA (Perfect fit adjuster)

Kelebihan lain?

Bagi ibu-ibu berbadan kecil dan kurus, sangatlah susah nak cari SSC yang betul-betul ngam n kemas dipakai. Jika inginkan SSC, ibu-ibu ini terpaksa membuat tempahan khas yang sesuai dengan saiz badan mereka. Alternatif lain, ialah, anda yang berbadan kecil oleh cuba mei tai. Ianya boleh laras mengikut saiz badan pemakai dan kemas dipakai oleh ibu-ibu berbadan kecil.

Selain itu, harga Mei Tai juga biasanya lebih murah sebab ia tidak menggunakan buckle. Contoh, Infantino Sash Mei Tai hanya RM187 (ada dijual di website Cozy Baby, tekan sini untuk beli –> SINI)

Mei Tai juga kurang padding pada shoulder strap dan waist strap. Jadi, ianya less bulky dan mudah disimpan dan dibawa ke mana-mana berbanding SSC.

Itu sahaja untuk perkongsian kali ini 😉

CozyBabyLogo (1)

Misi kami adalah untuk empower wanita khususnya para ibu bagi menghadapi cabaran kehidupan sebagai ibu dan sebagai wanita yang serba mencabar ini dengan lebih yakin dan tidak berseorangan. Support kami dengan membeli pakaian menyusu Cozy Lady!