Share

Sepertimana yang dimaklumi, anak kami sangat suka ABC. Jadi, untuk membuatkan anak kami tertarik dengan sesuatu aktiviti, kami terpaksa berfikir untuk memasukkan elemen huruf ke dalam permainan.

Dan kali ini, kami ingin berkongsi aktiviti yang kami namakan sebagai “Sepit ABC”. Jika diperhatikan, di kotak besar adalah huruf BESAR (capital letter) dan ada 3 pilihan huruf kecil di 3 kotak kecil. Anak-anak dikehendaki memilih huruf kecil yang bertepatan dengan huruf di dalam kotak besar.

Sepit ABC

Cara-caranya:

1. Download dan print Flashcard ini di sini.

2. Potong mengikut abjad dan digalakkan untuk laminate supaya boleh digunakan untuk jangka masa panjang

3. Beli sekurang-kurangnya 26 sepit baju. Pastikan sepit yang digunakan tidak terlalu ketat dan mampu untuk dipegang dan digunakan anak-anak kita.

4. Minta anak-anak kita untuk menyepit huruf di kotak kecil yang bertepatan dengan huruf di kotak besar.

Mudah bukan?

Senarai bahan:

  • Kertas A4 – 5 helai (RM0.20)
  • Plastik laminate – 5 helai (RM0.50)
  • Dakwat Printer – 5 helai warna (RM0.40)
  • Sepit baju – 26 biji (RM2.00)

Jadi, ringkasan aktiviti:

  • Kos aktiviti: RM3.10
  • Masa permainan: 15-30 minit
  • Rangsangan anak: koordinasi otot dan mata, fokus dan shape recognition

Kredit flashcard kepada Playdough to Plato