Share

Satu cara mudah untuk melekakan anak (tanpa TV dan tablet) adalah dengan memberikan mereka puzzle. Kanak-kanak mana yang tidak sukakan puzzle? Namun, mungkin anak-anak anda mempunyai minat yang lebih terhadap satu-satu perkara, jadi, ambil cakna dan perhatikan minat anak anda.

Anak kami, Taqi, minat abjad, jadi kami terpaksan mencari idea melakukan puzzle bertemakan abjad. Berikut kami kongsikan step by step penyediaan bahan serta cadangan aktiviti:

1. Anda boleh muat turun dan print template permainan di sini: Number Puzzle Template

2. Bahan-bahannya seperti berikut:-

IMG_20160122_203130

3. Print gambar template dan laminate gambar yang telah dicetak tersebut

IMG_20160122_200810 IMG_20160122_201254

4. Potong template yang telah selesai dilaminate mengikut garisan bagi menceraikan helaian puzzle

IMG_20160123_204408

4. Gunakan gam untuk menampal magnet sheet di belakang setiap ceraian puzzleIMG_20160122_201506  

6. Gunakan baking tray atau dulang sebagai papan permainan. Minta anak anda menyusun puzzle itu di atas tray (melekat dengan magnet sheet) dan jadikan nombor di puzzle itu sebagai panduan.PhotoGrid_1452991370672

Senarai bahan:

  • Hot glue gun – 1 keping (RM5.00)
  • Gam (untug hot glue gun) – 1 bar (RM0.50)
  • Magnet sheet (boleh cari di Mr DIY atau Daiso) – 1 keping (RM0.50)
  • Flashcard (bergantung anda beli atau buat sendiri) – RM1.50 – RM10.00

Ringkasan aktiviti:

  • Kos aktiviti: RM7.50 – RM16.00
  • Masa permainan: 10-20 minit
  • Rangsangan anak: mengenal abjad, mengira, shape recognition, vocabulary

Selamat mencuba