Permainan Alphabets Puzzle

Share

Satu cara mudah untuk melekakan anak (tanpa TV dan tablet) adalah dengan memberikan mereka puzzle. Kanak-kanak mana yang tidak sukakan puzzle? Namun, mungkin anak-anak anda mempunyai minat yang lebih terhadap satu-satu perkara, jadi, ambil cakna dan perhatikan minat anak anda. Anak kami, Taqi, minat abjad, jadi kami terpaksan mencari idea melakukan puzzle bertemakan abjad, jadi kami lakukan aktiviti permainan alphabets puzzle ini.

Berikut kami kongsikan langkah-langkah penyediaan bahan serta cadangan aktiviti berasaskan permainan alphabets puzzle ini.

Cara-Cara Permainan Alphabets Puzzle

1. Anda boleh muat turun dan print template permainan di sini: Number Puzzle Template

2. Bahan-bahannya seperti berikut:-

IMG_20160122_203130

3. Print gambar template dan laminate gambar yang telah dicetak tersebut

IMG_20160122_200810 IMG_20160122_201254

4. Potong template yang telah selesai dilaminate mengikut garisan bagi menceraikan helaian puzzle

IMG_20160123_204408

4. Gunakan gam untuk menampal magnet sheet di belakang setiap ceraian puzzle

IMG_20160122_201506  

6. Gunakan baking tray atau dulang sebagai papan permainan. Minta anak anda menyusun puzzle itu di atas tray (melekat dengan magnet sheet) dan jadikan nombor di puzzle itu sebagai panduan.

permainan alphabets puzzle

Mudah bukan?

Senarai bahan

  • Hot glue gun – 1 keping (RM5.00)
  • Gam (untug hot glue gun) – 1 bar (RM0.50)
  • Magnet sheet (boleh cari di Mr DIY atau Daiso) – 1 keping (RM0.50)
  • Flashcard (bergantung anda beli atau buat sendiri) – RM1.50 – RM10.00

Ringkasan aktiviti

  • Kos aktiviti: RM7.50 – RM16.00
  • Masa permainan: 10-20 minit
  • Rangsangan anak: mengenal abjad, mengira, shape recognition, vocabulary

Selamat mencuba.

Misi kami adalah untuk empower wanita khususnya para ibu bagi menghadapi cabaran kehidupan sebagai ibu dan sebagai wanita yang serba mencabar ini dengan lebih yakin dan tidak berseorangan. Support kami dengan membeli pakaian menyusu Cozy Lady!